Monday, April 13, 2009

::JangaN TeguR::


Baru habis tengok Jangan Tegur tadi. Best gilerrrrrr!
I give ***** STAR for both jalan cerita dan feel seram! Ramai org teriak dalam panggung tadi. Bikin malas juga dengar tp sndiri pun mcm mau teriak juga oo.... Sound effect, make-up effect smua klas!Cerita dia start bagus dan menyakinkan. Satu permulaan yang boleh membuatkan penonton untuk terus menonton filem ini hingga habis dan tak senang duduk!


Sinopsis Jangan Tegur:
Mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua?

Mesti tgk sampai habis dan jangan pergi mana2 sepanjang filem ini. Nanti banyak benda yang kamu akan miss! Satu lagi filem seram melayu yang MESTI ditonton selepas Jangan Pandang Belakang!

2 comments:

Anonymous said...

alahai..kalu linda la...org byr sejuta pn..x mo tgk la..x brani nk tgk cter seram!!hoho

NinZZ DoubleZ said...

Rugila kalo xberani nak tgk. Filem seramla baru ada feel tgk dkt panggung. Sound system best!