Monday, August 3, 2009

::Perihal H1N1 - LawataN DiTundA!::

Jumaat lepas ingat nak tulis pasal lawatan pegi Monsopiad Cultural Village, Muzium Negeri Sabah ngan Akuarium dan Muzium Marin di UMS dibatalkan. Tetapi sebab banyak sangat kerja perlu dibereskan due to that visit matters, so terpaksala tangguh ke hari ini. Pagi tadi pun baru jak faks surat mohon maaf dengan tempat aku minta sewa bas for this 3days visit. Rasa bersalah jangan cakapla. Ngan budak2 sekolah tu lagi. Dorang sudah excited mau pegi, tapi ditunda disaat-saat akhir. HuhUhUhuk.....

Tapi benda ni susah juga mau cakapla sebab kita pun tidak mau budak2 tu terdedah dengan wabak Influenza A (H1N1) ataupun Selesema Babi. Di KK setakat ni pun sudah mencapai 164 kes daripada 273 kes yang dicatatkan iaitu yang tertinggi di Sabah setakat 3 August 2009. Jadi, kita pun tidak mampu buat apa2 la... Tapi berharap sangat, lawatan ini akan tetap akan dijalankan selepas cuti raya nanti. Harap2 la...

Jadi, tunggu sajala macam mana progress visit ni nanti. Jangan cancel macam tu saja sudah. Huhuhu:-(

K la... Mau buat assignment orang dulu ni. Blum siap lagi. Bulan ni due lagi tu. Ni la orang suka buat keja last minute ni. Susah....! Dari dulu sampai sekarang, sama juga! Huhu....